Sunday, June 15, 2008

Pembiayaan Tekun


PEMBIAYAAN TEKUN

Kelayakan Asas

Semua individu yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon:

* Bumiputera berumur 18-60 tahun
* Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
* Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
* Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan
* Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan
* Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00
* Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
* Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

Premis/Aktiviti Perniagaan Yang Diberi Pertimbangan

Antara jenis premis/aktiviti perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-

* Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan, minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
* Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori / van bergerak.
* Kedai Tetap Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan harian dan perkakasan dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
* Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salun rambut / kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel/mekanik/membaiki alat-alat elektronik, membuat papantanda dan pengiklanan, membaiki kasut, tuisyen dan pusat bimbingan kanak-kanak.
* Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah dan bas kilang.
* Pembuatan Seperti industri kecil memproses makanan ringan/basah/kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih muih.

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM500.00 hingga RM50,000.00.

Skim Pembiayaan TEKUN

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Cara Memohon

1. Hubungi Pegawai TEKUN Kawasan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat dan Borang Permohonan (YTN-1)

2. Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada Pegawai TEKUN Kawasan bersama-sama dengan dokumen berikut :-

i. Gambar Pemohon (2 keping)

ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (dan suami/isteri).

iii. Salinan lesen/permit/pendaftaran Perniagaan.

iv. Gambar premis/tempat perniagaan (3 keping).

v. Salinan buku simpanan/penyata bank.

vi. Sebut harga cadangan pembelian perkakas/peralatan/ubahsuai (sekiranya pembiayaan digunakan untuk pembelian aset).

vii. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon) bagi premis perniagaan/rumah.

viii. Salinan perjanjian sewa premis (sekiranya premis di sewa)

3. TN tidak melantik agen/wakil/orang tengah dalam urusan pembiayaan TEKUN. Borang permohonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran semasa membuat permohonan.

4. Sila hubungi Pejabat TEKUN Kawasan sekiranya tiada maklumbalas selepas 14 hari dari tarikh penyerahan permohonan.

No comments: