Tuesday, June 3, 2008

MECD tetapkan sasaran lahirkan 150,000 usahawan dalam RMK-9 - Utusan

Oleh S.Anand Kumar

KUALA LUMPUR 3 Jun, 2008

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) menetapkan sasaran untuk melahirkan 150,000 usahawan baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, dalam mencapai sasaran itu, kementeriannya telah melaksanakan beberapa program termasuk Program Usahasama Tulen.

Menurut beliau, sepanjang tempoh program itu dijalankan sejak tahun 1995, sebanyak 56 syarikat usahasama telah wujudkan.

``Syarikat usahasama ini terdiri dari pelbagai sektor di mana sebanyak 62 peratus terlibat dalam bidang pembuatan, pembinaan dan pemajuan hartanah (19 peratus), perkhidmatan (11 peratus) dan lain-lain bidang (11 peratus),'' katanya.

Saiffuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Wong Siong Hwee pada sidang Dewan Negara hari ini. -Utusan

No comments: